? ??????????????Never Leave? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??8 Grabs Today. 981 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??7 Grabs Today. 3378 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Ge BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 25, 2008

Halaqah yang diimpi...

Dan jangan lah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan jangan lah kamu sembunyikan kebenaran,sedangkan kamu mengetahuinya..QS(al-Baqarah : ayat 42)...



kita tadabbur sebentar ayat di atas...halaqah,medan menyemai cinta atau menyebar masalah???

halaqah adalah satu terma yang tidak asing lagi bagi penggerak dakwah. dalam halaqah inilah kita saling berkongsi ilmu dan berlapang dada dengan perbezaan fikrah. itu antara perkara yang sewajarnya terjadi. namun , tanpa kita sedar, halaqah yang dikatakan sebagai medan ilmu dan menampung kekurangan dan berkongsi kelemahan anggota itu telah menjadi satu beban yang membuatkan murobbi/murobbiyah sakit kepala lantas surrender untuk mentarbiyah mutarabbi/mutarabbiyah nya. kenapa hal ini terjadi? adakah disebabkan oleh permasalahan yang dicetuskan oleh mutarabbi/mutarabbiyah itu atau diri murobbi/murobbiyah yang tersalah menilai. adakah kita ingin mengajak insan kepada kebaikan dengan membekali mereka dengan halaqah ataukah kita ingin menjadikan halaqah adalah medan untuk mengumpul pengikut? atas nama mengkaderkan ahli untuk bersama-sama berkerja dalam jalan islam atau mengkader ahli untuk satu"click" denagn kita. hal ini ternyata berbeza ikhwah akhowati fillah. jadikan halaqah itu medan menyemai cinta bukan medan menyemai benih prasangka yang tak berkesudahan hingga ternyata setelah halaqah demi halaqah bukan cinta pada jalan ini yang bertambah tapi bimbangnya bertambah dosa yang mencalari hati. dosa mengumpat,dosa menyebarkan keaiban,dosa memboikot dan sebagainya nya lagi. hingga mana lari ketulenan jamaah penegak ummah kepada jemaah penegak kebatilan lantaran merekrut ahli untuk tsiqah pada insan bukan pada TUHAN...FIKIR-FIKIRKAN LAH...

Monday, October 13, 2008

R&R...

assalaaamualaikum...selamat berpuasa sunnat di bulan syawal.saya tengok sekarang ikhwah akhowat dah semakin mantap mengisi blog mereka. tahniah di ucapkan . moga usaha dakwah antum yang bersungguh - sungguh itu diberkati ar- Rahman. masa dalam perjalanan balik kampung tu, dalam bus terfikir juga nak tutup blog ni,sebab saya rasa saya tak dak apa2 sumbangan dalam penulisan dan tak pandai berkarya dalam lapangan ni. bila tengok blog ikhwah akhowat, mantapnya.ntahla,kadang-kadang saya rasa saya tidak ada kelebihan dan kemahiran dalam penulisan dan tidak faqih dalam ilmu agama untuk berkongsi dengan semua. entahlah , setakat ini saya tidak tahu apa kelebihan dan sumbangan saya pada dakwah ini,pada islam. akhowat dan ikhwah pulak ada yang faqih dalam bidang fiqh, dalam bab akhlaq mereka juga juara,dalam bab haraki mereka juga terkedepan.malah seimbang semuanya..mungkin ini bukan lapangan dakwah saya walaupun saya sangat meminati bidang penulisan dan karya-karya kreatif.. .10 oktober hari tu saya balik kampung ada hal penting yang perlu di uruskan di rumah, pusat latihan memandu yang saya daftar tu beritahu yang tarikh mendaftar saya sudah hampir setahun tetapi ujian berkomputer belum saya ambil . jadi mereka kata kesemua duit yang saya bayar untuk lesen tu akan burn macam tu ja kalau tak ambik ujian komputer sebelum november ni.. aduh,mana boleh.mahal tu. .terfikir juga sendiri..sibuk sangat ka aku ni sampai lesen moto pun tak dapat habiskan sampai sekarang,syukurla ujian statik tu lulus..alhamdulillah.selama ni saya naik moto kat penang ni takda lesen la. nasib baik tak pernah kena saman . jadi, hari tu terpaksa lah balik kedah juga untuk buat ujian tu. sebab lesen tu sangat penting untuk pergerakan dakwah saya di sisni. yang paling mengharukan saya , 3 orang akhowat dengan seikhlas hatinya datang rumah saya untuk menziarahi ibu saya, mereka tido satu malam dan keesokannya harinya kami bertolak balik ke penang dengan kereta akhowat tersebut. seronok dengan kehadiran mereka . dapat lah berkenalan dengan mak dan keluarga saya. jazakillah khair pada akhowat yang datang(kak epi,ukht liza,ukhti zaleha). dan pada yang nak datang( ukht mimi,kak zura,kak raja) tapi tak boleh sebab ada test dan discussion malam tu, tak pa moga niat baik antunna ALLAH balas. Lain kali ada rezeki boleh la datang..mai cek oi mai cek mai ,kita ke negeri kedah....