? ??????????????Never Leave? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??8 Grabs Today. 981 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??7 Grabs Today. 3378 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Ge BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 20, 2008

Intifada!!!

Rahilah bintun mohammad zain…

Hiduplah untuk islam…serahkan sepenuh jiwa raga dan pengharapanmu hanya pada ALLAH…
intifada!!! intifada!!! intifada!!!

Masih basah kenangan indah,
Zaman cemerlang era gemilang,
Ketika Rasul ada di sisi,
Para sahabat mentadbir bumi,
Zaman nubuwwah, era khulafa',
Islam laksana api yang menyala,
Menerangi teman dan juga sahabat,
Bahang panas yang membakar lawan,
Di celah itulah,Kami mengatur langkah,
Membina semula ukhwah,
Di sini bara tak pernah padam,
Digenggam kukuh sebuah azam,
Ayuhlah para mujahid,
Ayuhlah para mujahidah,
Kita tinggalkan zaman fitnah,
Agar tertegak kalimah Allah,
Agar terbangun dunia baru Islam....

Penyanyi : The Zikr












Monday, August 11, 2008

Duhai peladang! jangan pernah meninggalkan parang



sumber gambar: http://www1.moe.edu.sg




Alangkah indahnya hidup seperti peladang,golongan ini tidak betah meninggalkan parang,meninggalkan cangkul lantas biar bermandi keringat kepayahan lantaran mendambakan hasil yang lumayan dinikmati. Kerana mereka adalah peladang...orang yang sangat arif tentang perubahan iklim,perubahan tanamannya. Justeru menjaga dan memeliharalah semua yang ditanam seawal tanah yang dibajak,benih yang ditabur ,air yang disiram..Kerana mereka seorang peladang yang tidak pernah meninggalkan parang..begitu juga andai kita sedar tanggungjawab seorang khalifah ALLAH sebagai hamba ALLAH..kita tidakkan pernah meninggalkan ibadah sebagai perisai menghadapi babi hutan,musang jantan,serangga perosak.Bukankah kita seorang peladang juga.Yang hidup mengabdi diri pada Tuhannya.ladang tempat bercucuk tanam,tempat menghidup udara tempat meluah asa hidup.Tapi bagaimana kita justeru seorang peladang? Adakah benar kita menjaga sumber tanaman kita?Benih yang ditabur,ibadah yang digembur? Lantaran kehadiran perosak yang selalu mencari peluang dan ruang menikmati kepentingan,habuan terhidang di ladang.Mahu benar kah kita menjadi peladang yang meninggalkan parang tikamana serangan babi hutan berkocak,serangan rumpai menjalar?Oleh itu jadilah seorang peladang yang sentiasa waspada,bentengi diri dengan parang keimanan.Biar mati babi hutan di halau,biar musnah rumpai menjalar perosak kedamaian dan ketenangan ummah.Kerana disitu kepentingan di dapatkan,kehidupan harus diteruskan kerana hidup sebuah perjalanan dan perjuangan...

Al- Quran : As-saffat(37): ayat 61

untuk kemenangan yang serupa ini,hendaklah beramal orang yang mampu beramal.

Al- Baqarah (2): ayat 218

sesungguhnya orang-orang yang beriman,dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan ALLAH ,mereka itulah yang mengharapkan rahmat ALLAH. ALLAH maha pengampun maha penyayang.

Thursday, August 7, 2008

Tarbiyah Dzatiyah




Definisi

  • sarana tarbiyah
  • Diberikan oleh muslim kepada dirinya sendiri
  • Untuk naik ke tingkat kesempurnaan
  • tarbiyah seorang terhadap dirinya sendiri


kepentingan




  • Menjaga diri terlebih dahulu sebelum menjaga orang lain
  • jika bukan kita yang mentarbiyah diri sendiri siapa lagi?
  • Hisab kelak bersifat individual
  • mampu membuat perubahan besar
  • sarana tsabat/teguh dan istiqamah
  • sarana dakwah paling kuat
  • cara benar dalam memulih realiti kini
  • keistimewaannya!


sarana




  • muhasabah diri
  • taubat dari segala dosa
  • mencari ilmu dan memperluas wawasan
  • mengerjakan amalan-amalan iman
  • memperhatikan aspek akhlaq
  • terlibat dlm aktiviti dakwah
  • mujahadah
  • berdoa kepada Allah


Buah tarbiyah dzatiyah




  • Keredhaan Allah dan syurganya
  • sakinah
  • dicintai Allah
  • sukses
  • terjaga dari keburukan
  • waktu dan harta berkat
  • sabar atas ujian

Tapi,kenapa ramai yang tak peduli???

  • Minimanya ilmu
  • tidak jelas dengan haluan dan sasaran hidup
  • alpa dengan dunia
  • salah faham terhadap tarbiyah
  • minimanya asas tarbiyah
  • murobbi yang kurang berperanan
  • panjang angan-angan.