? ??????????????Never Leave? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??8 Grabs Today. 981 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??7 Grabs Today. 3378 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Ge BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 26, 2008

Siapakah Golongan Yang Tercicir?


Dan jangan lah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan jangan lah kamu sembunyikan kebenaran,sedangkan kamu mengetahuinya..QS(al-Baqarah : ayat 42)

Siapakah Golongan Yang Tercicir ?

Penulis : Mohd Hairi Nonchi (Pendidikan Dengan Sains Sosial, UMS)


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a di mana beliau berkata:


“Di suatu ketika Rasulullah s.a.w telah melalui sebuah kawasan perkuburan, seraya bersabda: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai perkampungan orang-orang beriman! Kita akan menyusul bersama kamu. Insya’Allah, aku berharap aku dapat melihat saudara-saudaraku”. Bertanya para sahabat yang hadir ketika itu: “Wahai Rasulullah! Bukankah kami ini saudara kamu?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidak, kamu adalah sahabat-sahabat aku. Saudara-saudaraku adalah mereka yang akan datang di kemudian hari (selepas kewafatanku) dan aku memimpin mereka ke telaga Hawdh”.


Para sahabat bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah kamu akan mengenali umat-umat yang akan datang selepas (kewafatan) kamu?”. Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidakkah seseorang yang memiliki seekor kuda yang berkaki putih di kalangan beberapa ekor kuda yang hitam dapat mengenali yang mana satukah kudanya?” (Jawab para sahabat) “Sudah tentu ya Rasulullah!”.


Rasulullah meneruskan: “Sesungguhnya mereka (umat Islam selepas kewafatan Rasulullah) akan datang di hari Kebangitan (Kiamat) dengan tanda-tanda keputihan di dahi, tangan dan kaki mereka disebabkan oleh kesan-kesan wudhu’, dan aku akan memimpin mereka ke arah telaga Hawdh. Akan tetapi, ada di antara mereka yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran. Lalu aku memanggil-manggil akan mereka: “ Datanglah ke mari! (sebanyak 3 kali)”. Dan ketika itu seseorang (atau suatu suara) yang akan berkata: “Mereka itu adalah orang-orang yang telah menukar-nukar perkara (agama) selepas engkau”. Lalu aku akan berkata pula: “Jikalau begitu pergilah mereka, pergilah mereka, pergilah mereka!” [Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwwatha’, hadis no: 26-29]


Pengajaran Hadis :


Dalam hadis yang tertera di atas Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan kepada kita mengenai suasana yang bakal berlaku pada hari Kiamat di mana pada hari itu umatnya akan terbahagi kepada dua golongan, yang pertama adalah mereka yang berjaya mendatangi telaga al-Hawh, iaitu sebuah telaga minuman yang disediakan oleh Allah khusus untuk umat Nabi s.a.w. Manakala yang kedua adalah mereka yang tercicir daripada memperolehi nikmat tersebut. Risalah ringkas ini akan menumpukan perbincangan mengenai siapakah golongan kedua yang malang itu.


Jika diperhatikan dalam matan (teks) hadis tersebut, Rasulullah s.a.w ada menyebut : “ …tanda-tanda keputihan di dahi, tangan dan kaki mereka disebabkan oleh kesan-kesan wudhu’...”. Kenyataan baginda s.a.w ini mengisyaratkan kepada kita bahawa mereka semua adalah kelompok umatnya yang terdiri daripada golongan ahli ibadah.


Namun, seperkara yang memeranjatkan kita ialah dalam hadis tersebut juga Rasulullah s.a.w ada menyebut: “ ada di antara mereka yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran..”. Daripada pernyataan Rasulullah s.a.w ini maka dapat difahami bahawa dalam kalangan “orang-orang yang beribadah” itu akan ada sekelompok dari mereka yang akan dihalau dari telaga al-Hawdh Rasulullah s.a.w. Di sini timbul persoalan, siapakah mereka ? Mengapakah mereka dihalau oleh baginda s.a.w sedangkan mereka juga termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w dan kalangan ahli ibadah?


Persoalan ini dapat dijawab dengan memerhatikan hujung matan (teks) hadis itu sendiri : “Mereka itu adalah orang-orang yang telah menukar-nukar perkara (agama) selepas engkau”. Dengan jawapan ini, maka tidak syak lagi bagi kita bahawa mereka adalah golongan ahli ibadah yang gemar melakukan amalan-amalan bid’ah di dalam agama. Atas kesedaran ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperingati kaum Muslimin dan Muslimat agar senantiasa memerhatikan amal ibadah yang kita kerjakan selama ini. Apakah ianya sesuatu yang bertsabitan dari al-Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih atau tidak.


Hal ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak memandangkan ianya melibatkan status kita di akhirat kelak, apakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dan mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Hawdh itu atau sebaliknya. Janganlah kerana kita termasuk dalam kategori “ahli ibadah” kita mengambil sikap sambil lewa, lantas cuai dan leka di dalam memerhatikan kesahihan amalan yang telah atau akan kita lakukan. Ingatlah, sekadar beribadah sahaja tidak akan mampu menyelamatkan kita dari menerima azab Allah. Dengan hanya beribadah sahaja tidak akan dapat menjanjikan pembelaan Rasulullah s.a.w di hadapan Mahkamah Allah kelak- jika ibadah yang dilakukan itu termasuk dalam amalan-amalan yang jauh dari petunjuk al-Sunnah Rasulullah.


Oleh itu, marilah kita bersama-sama berittiba’ (mengikuti) kepada Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih, dan menjauhkan diri dari segala bentuk perbuatan bid’ah dalam agama agar kita tidak termasuk dalam kelompok “yang akan dihalau daripada telaga Hawdh seperti unta-unta berkeliaran..” sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya di atas.

sumber: http://nasa-peace.blogspot.com/

Monday, December 1, 2008

Keunggulan akhlaq serlahan iman dalam dada..

"Mukhayyam 2008"










assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah selama dua hari lepas saya telah mengikuti satu perkhemahan. alhamdulillah sangat indah pengalamn itu. mahu rasanya saya berkongsi dengan semua. setiap kali program baru saya hadiri setiap itulah bertambah ilmu dan pengalaman.saya tersentuh dengan pengisian seorang pengisi tajuknya "tadabbur alam". mungkin saja isinya hampir sama dan saya pernah dengar selama ini namun ada satu kekaguman dan ketakjuban saya pada kuasa ALLAH yang terbias pada lewat lantunan kata-kata yang keluar dari bibir pengisi ini. dalam perkhemahan ini ada seorang akhowat yang sudah berusia 50 an menceritakan pengalamannya membesarkan anak-anak dengan takdir ALLAH berjaya menjadi insan rabbani nan qura'ni. lantas bila cerita -cerita keindahan akhlaq anak-anak ini disampaikan kepada pengisi tersebut, tidak lah keluar dari mulutnya melainkan kalimah HAMDALAH, MASYAALLAH, SUBHANALLAH diiringi senyuman yang terpancar penuh keikhlasan. saya mula menyuluh diri saya tatkala itu, adakah saya juga begitu? adakah kalimah yang keluar dr bibir saya juga begitu bila sesuatu ketakjuban terlintas di hati saya, astaghfirullah...

saya mengkoreksi diri.benar, selama ini kita banyak berteori..saya mengajukan ketakjuban dan kelemahan diri kepada beberapa akhowat sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari jungle traking,sebetulnya perjalanan yang berakhir di pantai yang sangat indah itu. saat itu saya berkongsi perasaan saya pada akhowat. alhamdulillah kami mengakuinya . dan salah seorang akhowat membuat kesimpulan , itulah biasan hati dari keimanan yang ada dalam dada seseorang insan. setiap tutur kata, perawakan diri dan akhlaq adalah terbit dari cahaya keimanan yang menyuluh dalam hatinya. jadi,kondisi iman kita bagaimana ya sekarang? adakah telah mampu kita biaskan ke sekeliling kita? subhanallah pengajaran yang sangat hebat ALLAH nak khabarkan pada saya ketika itu. kalau sebelum tu selalu yang akan keluar dari bibir kalau dikhabarkan sesuatu yang gembira oleh kawan-kawan mesti akan kata" wah! bestnya ! tapi kini apa kata kita tukar kepada "masyaALLAH!!! seharusnya begini, kerana segala yang baik itu kita pulangkan kepada yang MAHA BAIK..subhanallah!

subahanallah, maha suci ALLAH..Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH , ALLAHuakbar, ALLAH yang maha besar...segala pujian hanya untukMU..

jazakALLAH khair kepada teman-teman seperjuangan yang banyak membantu mentarbiyah diri ini. bersama mencetak peribadi insan rabbani nan qurani.