? ??????????????Never Leave? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??8 Grabs Today. 981 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??7 Grabs Today. 3378 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Ge BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 11, 2008

Duhai peladang! jangan pernah meninggalkan parang



sumber gambar: http://www1.moe.edu.sg




Alangkah indahnya hidup seperti peladang,golongan ini tidak betah meninggalkan parang,meninggalkan cangkul lantas biar bermandi keringat kepayahan lantaran mendambakan hasil yang lumayan dinikmati. Kerana mereka adalah peladang...orang yang sangat arif tentang perubahan iklim,perubahan tanamannya. Justeru menjaga dan memeliharalah semua yang ditanam seawal tanah yang dibajak,benih yang ditabur ,air yang disiram..Kerana mereka seorang peladang yang tidak pernah meninggalkan parang..begitu juga andai kita sedar tanggungjawab seorang khalifah ALLAH sebagai hamba ALLAH..kita tidakkan pernah meninggalkan ibadah sebagai perisai menghadapi babi hutan,musang jantan,serangga perosak.Bukankah kita seorang peladang juga.Yang hidup mengabdi diri pada Tuhannya.ladang tempat bercucuk tanam,tempat menghidup udara tempat meluah asa hidup.Tapi bagaimana kita justeru seorang peladang? Adakah benar kita menjaga sumber tanaman kita?Benih yang ditabur,ibadah yang digembur? Lantaran kehadiran perosak yang selalu mencari peluang dan ruang menikmati kepentingan,habuan terhidang di ladang.Mahu benar kah kita menjadi peladang yang meninggalkan parang tikamana serangan babi hutan berkocak,serangan rumpai menjalar?Oleh itu jadilah seorang peladang yang sentiasa waspada,bentengi diri dengan parang keimanan.Biar mati babi hutan di halau,biar musnah rumpai menjalar perosak kedamaian dan ketenangan ummah.Kerana disitu kepentingan di dapatkan,kehidupan harus diteruskan kerana hidup sebuah perjalanan dan perjuangan...

Al- Quran : As-saffat(37): ayat 61

untuk kemenangan yang serupa ini,hendaklah beramal orang yang mampu beramal.

Al- Baqarah (2): ayat 218

sesungguhnya orang-orang yang beriman,dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan ALLAH ,mereka itulah yang mengharapkan rahmat ALLAH. ALLAH maha pengampun maha penyayang.

0 comments: