? ??????????????Never Leave? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??8 Grabs Today. 981 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??7 Grabs Today. 3378 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Ge BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 10, 2008

5 bekal isteri aktivis dakwah


Learning by doing. Menjadi isteri aktivis bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan. Seperti apa? Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:




1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah).

Hal penting yang harus difahami oleh isteri seorang aktivis dakwah, bahawa suaminya tidak sama dengan ‘model’ suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tidak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, kerana cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad!

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah.

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Miliki keyakinan bahawa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tidak perlu takut atau khuatir melepas suami pergi berdakwah ke manapun. Miliki keyakinan bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan harta benda. Dan tetap sedar diri, tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentaliti).

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi isteri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak cengeng, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan berdikari. Teman saya mengistilahkan semua sikap mental ini dengan ungkapan yang singkat: tahan banting!

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektual).

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia memerlukan isteri yang ‘respon’ untuk diajak berbual, bertukar buah fikiran, musyawarah, atau diskusi tentang kesibukan dan minatnya. Kerana itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majlis-majlis ilmu supaya tidak ‘tulalit’! Bijak.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fisik).

Minima sihat, bugar, dan tidak sakit-sakitan. Jika fisik kita sihat, kita boleh melakukan banyak hal, termasuk menguruskan suami yang sibuk berdakwah. Kerana itu, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan, membiasakan pola hidup sihat, rajin olahraga dan lain-lain. Selain itu, jangan lupa masalah merawat wajah dan tubuh. Ingatlah, salah satu ciri isteri shalihat adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.
Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tidak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan takwanya seorang aktivis, tidak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tidak mempunyai kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang boleh dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tidak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?



## ulasan suara hati...seorang wanita wanita solehah itu wahai insan yang bergelar suami,dia memerlukan tidak lebih dari cinta dan sokongan suaminya untuk membantunya menelusuri hidup yang penuh ranjau. persiapkan lah diri mu juga untuk menjadi suami yang soleh kepada isteri solehah yang akan mewarnai hidupmu. berdoalah untuk mendapat sebaik-baik hiasan dunia...wanita solehah,kamu takkan kecewa insyaALLAH..TUHAN mu maha mendengar doa mu... Al - mukminun(40): 60..





Sumber: http://www.dakwatuna.com/2008/5-bekal-istri-aktivis-dakwah/

0 comments: