? ??????????????Never Leave? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??8 Grabs Today. 981 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????????????Unreachable Star? ????? ?? ???Rating: 4.2 (9 Ratings)??7 Grabs Today. 3378 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Ge BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 30, 2008

Aplikasi 7 habits most highly efective people by stephen covey ke atas dakwah dan pelajaran.

assalaamualaikum...alhamdulillah ALLAH masih memanjangkan umur,memudahkan saya untuk berkongsi dengan pembaca sedikit sebanyak ilmu yang diperoleh.Seringkali ramai di kalangan kita menjadikan dakwah itu satu tuntutan yang membebankan,seringkali...maka agar kita tidak berterusan berfikir tentang itu akan tetapi cuba memahaminya dalam konteks sunnatullah dan syariatullah yang perlu diseimbangkan maka eloklah artikel ini dikongsikan dan cuba sebolehnya dicernakan.Tulisan artikel ini disediakan berminggu-minggu kerana memikirkan apa yang patut dimasukkan dan bagaimana mahu mengolahnya. supaya dengan ini dapat memahamkan saya tentang islam yang syumul ini dan begitu juga kalian semua.semoga bermanfaat.


Habits 1- Be proactive


Pelajar harus proaktif dalam setiap kuliah dan tugasan yang diberikan dengan mencari bahan rujukan dan bertanyakan soalan agar dapat memahami dengan lebih baik apa yang dipelajari dan sifat proaktif akan menjadikan kita pelajar yang bukan sekadar “ spoon feeding “terhadap apa yang dipelajari.Pastikan apa yang kita buat adalah bersungguh-sungguh agar dapat mencapai target yang maksimun bukan sekadar melepaskan batuk di tangga..Begitu juga dengan dakwah kita haruslah proaktif mencari ruang dan peluang yang ada untuk menyebarkan risalah Islam agar dapat menakluki dunia. Sejarah para nabi dan sahabat telah membuktikan fakta ini.Para sahabat dan pejuang islam mempunyai pegangan akidah yang teguh dan yakin. Bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w: "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat “Terdapat sahabat yang hanya setelah menerima kalimah syahadah dari Rasulullah terus dengan kuat hati mampu untuk mendakwahi kaum jahiliah pada ketika itu seterusnya seruan terhadap islam diterima malahan tersebar ke pelosok dunia hari ini.Hal ini lantaran sikap para sahabat dan Rasulullah yang proaktif serta bijak mencari ruang dan peluang untuk berdakwah.Allah berfirman “. serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.al-Quran surah an-nahl(16):ayat125 .Stimulus atau rangsangan yang mereka terima itu termasuklah dalam bentuk tentangan dan penyiksaan tidak sedikitpun mampu mematahkan keinginan hati mereka untuk terus menyebarkan islam bahkan ia menjadi sebuah rangsangan yang kuat dan akhirnya menghasilkan respon yang tak kurang hebatnya bilamana islam terkenal seantero dunia.


Habit 2 – Begin with the ends in mind


Pasti sebelum bermula semester dalam pengajian, pensyarah akan memberikan jadual pengajaran dari minggu pertama hingga berakhirnya semester, maka merancang jadual pembelajaran dan mengulangkaji apa yang akan dipelajari sudah mula dirangka sejak awal dan di sinilah bermula semuanya. Para pelajar dapat merancang apa yang perlu dilakukan sepanjang semester itu,agar segalanya teratur dan berjalan lancar.Allah berfirman “ Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).al Quran surah Al – Anfal (8):ayat 60.Begitu jua dengan dakwah harus tahu matlamat dan tujuan kita berdakwah, untuk apa dan kemana arah tujunya supaya jelas dan tepat setiap langkah dakwah yang diambil dengan strategi yang terancang. Dalam berdakwah minda hendaklah sentiasa di fokuskan kepada apa matlamat seruan dakwah itu,andai kepopularan dan terkenal itu menjadi matlamat utama kita berdakwah,nescaya rosaklah tujuan dakwah dan tergelincirlah hati dalam menata ummah. Fenomena ini bukan sedikit menghantui dan mewarnai medan dakwah hari ini ,justeru boleh terlihat di mana-mana rosaknya segelintir orang-orang agama yang menggunakan kedudukan yang disandang sebagai medan menyampaikn hajat mereka yang langsung terkeluar dari landasan sebenar tujuan dakwah itu. Sebagaimana Allah memberi peringatan “ Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas”Al-Quran surah Al _kahf (18):28.


Habit 3- First thing first


Menentukan topik mana yang lebih penting dalam sebuah pembelajaran sangat penting dalam memudahkan kita semasa menghadapi exam dan pastinya pensyarah akan memberikan hint bagi topik-topik yang akan ditanya, maka menjadi keutamaan untuk kita mendahulukan untuk memahami topik yang disarankan berbanding topik-topik yang lain.Jika terdapat 2 “paper” dalam satu hari exam,kita perlulah memberi keutamaan dalam subjek yang kita lemah dahulu iaitu melebihkan masa belajar yang susah berbanding yang lain. Dalam dakwah sikap ini penting untuk menentukan mana yang lebih harus didahulukan untuk mengajak umat pada dakwah, individu yang mana harus ditasykil dahulu, apa topik yang penting untuk diutarakan, mana satu hendak diutamakan antara pelajaran dan dakwah, bagaimana menguruskannya, Dakwah adalah nombor satu tetapi pelajaran bukan yang kedua. Cuba fikirkan,andai kita menjadikan pelajaran dan dakwah suatu yang terpisah,sudah tentu kita merasakan bebanan itu bertambah,sedangkan jika kita tidak memisahkan kedua-dua elemen ini maka akan terbentuklah sebuah generasi di mana Allah lebih menyintai mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah.Keutamaan dalam berdakwah iaitu dakwahilah saudara dan kaum kerabat terdekatmu sebelum dakwahi yang lain. Ini terbukti dengan firman Allah “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, Al-Quran surah as-syuara(26):214.Oleh itu,walaupun kita sibuk berusaha mengislahkan ummah jangan pula kita lupa kepada ahli keluarga kita mereka hingga mereka keciciran dari senarai seruan dakwah yang kita sampaikn.Mana mungkin tertegaknya sebuah daulah islamiyah seandainya baitul muslim itu tidak berjaya ditegakkan berdasarkan landasan al –quran dan as-sunnah.


Habit 4- Win win solution


Dalam study seharusnya seimbang dari segi masa yang digunakan agar masa lapang tidak hanya sibuk membaca buku pelajaran sehingga lupa membaca buku agama, atau sibuk membaca buku agama tapi jarang membaca buku pelajaran, ia haruslah seimbang antara keduanya. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bukan yang terbaik di antara kamu yang mendahulukan akhirat sementara dunia ditinggalkan atau mendahulukan dunia sementara akhirat ditinggalkan. Yang terbaik di antara kamu adalah yang menghimpun keduanya” Dalam berdakwah juga seharusnya seimbang dalam pergaulan antara sesama sahabat yang ikut tarbiyah dan yang tidak ikut tarbiyah agar kita tidak hanya syok sendiri dan dakwah hanya berlegar dalam jemaah kita semata-mata dan merasakan yang tidak ikut tarbiyah sudah tiada harapan untuk ditarik bersama dalam dakwah ini.Usahakan untuk mencari penyelesaian menang-menang dan seimbang. Hal ini kerana kita tidak akan mencapai taraf kesempurnaan sebagai seorang mukmin jika bilamana kita mengabaikan salah satu daripada hak iaitu hak terhadap ALLAH dan yang keduanya hak sesama makhluk.Firman Allah dalam surah Al-asr ayat 3 iaitu kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menaihati supaya dalam kesabaran. Maka apabila Berjaya ditunaikan kedua-dua hak ini maka sempurnalah keimanan kita.

Habit 5 – First to be understand than to be understood


Kegagalan pelajar memahami apa yg dipelajari seringkali mengundang masalah semasa sesi pembelajaran bermula dan keegoan diri untuk tidak mahu cuba memahami apa yang pensyarah sampaikan dan terangkan semasa kuliah menyebabkan penyarah juga gagal memahami masalah pelajarnya yang seringkali tertidur semasa kuliah. Memahami apa yg dipelajari mudah-mudahan memudahkan pensyarah memahami apa yang pelajarnya belum faham iaitu melalui pertanyaan pelajar.Kebanyakan pelajar tidak faham tapi buat-buat faham kerana malu untuk bertanya bimbang diketawakan atas pelbagai alasan lagi. Benar malu itu adalah sebahagian daripada keimanan sebagaimana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Malu itu adalah sebahagian daripada iman" (hadith riwayat Muslim dan At-Tirmizi). Berdasarkan hadith ini, orang yang mengaku beriman perlulah punya sifat malu. Apabila berkurang atau tiada rasa malu, maka itu tanda kelemahan atau ketiadaan iman.Dalam belajar kita perlu membuang rasa malu untuk dapat ilmu, Pokoknya harus ada saling komunikasi antara pensyarah dan pelajarnya berkaitan dengan subjek yg sedang dipelajari. Dakwah seharusnya lebih membuatkan kita tawaduk dengan mendengar pendapat dan pandangan orang lain berbanding bertegang leher mempertahankan pendapat sendiri hingga kadang-kadang memutuskan ukhwah yang telah lama terjalin.Allah berfirman orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadapAllah,supaya kamu mendapat rahmat ,al –Quran surah al-hujurat (49):ayat 10..Fahamilah medan dakwah kita agar masyarakat akan memahami mesej dakwah yang ingin kita sampaikan. Fahamkan dirimu tentang orang lain sebelum kita ingin orang lain memahami kita seadanya.

Habit 6 – Synergize


Sinergi adalah hasil kerjasama individu yang mempunyai kreativiti yang berlainan dapat menghasilkan impak yang baik.Dalam kontek belajar,setiap pelajar mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri.Belajar berkumpulan merupakan landasan aplikasi sinergi yang mana pelajar berkongsi ilmu sesama mereka..Selain itu pelajar dapat memberi sokongan moral dan kata-kata perangsang agar kawan yang kurang berkeyakinan menjadi lebih yakin dan bersemangat.Begitu juga dalam berdakwah.Lelaki dan perempuan adalah dua individu yang memiliki sifat yang berbeza namun penciptaannya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.Lelaki dan wanita saling bekerja sama dalam berdakwah seperti mana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 71 yang bermaksud ’’Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Setiap insan ada kelebihan dan kemahiran yang tersendiri.Pelbagai cara boleh berdakwah melalui lisan ,menulis ataupun akhlak. Matlamat dan tujuan kita sama iaitu mardhatillah.Justeru itu kita harus mengetahui di mana potensi diri untuk mencari medan dakwah yang sesuai agar mencetuskan hasil maksima.Sebagaimana firman Allah “dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu al Quran surah al-Baqarah(2);ayat 148.

Habit 7- Sharpen the saw


Setelah semua habit di atas dilakukan sebaik mungkin, pasti akan sampai satu saat masa jemu tiba, maka mengembalikan kekuatan dan kesegaran sikap-sikap di atas tidak harus dibiarkan sahaja, mengingatkan kembali tujuan dan matlamat untuk belajar, focus dengan pelajaran , mendahulukan mana yang penting, seimbangkan masa sebaiknya, mengulangkaji pelajaran, membangkitkan energi diri harus kembali disusun dan dirangka kembali kerana manusia sifatnya pelupa serta lemah memerlukan penyegaran kembali apa yang telah dilakukan sebelum ini. Antaranya seperti mengambil masa beberapa hari untuk bercuti dan makan angin,hal ini sangat membantu untuk meningkatkan kesegaran minda dan pemikiran serta membantu rehat yang baik. Selain itu mengikuti program-program berbentuk motivasi juga dapat meningkatkan semangat dan keyakinan diri untuk berjaya. . Energi diri yang kuat dan bersemangat harus hadir agar tegar menghadapi musim-musim down semasa pengajian dan mencari aktiviti-aktiviti yang dapat menaikkan tenaga dan semangat diri harus diusahakan agar tidak terus terkapai-kapai dalam kelesuan dan kemalasan yang berpanjangan.
Cuba kita berfikir sejenak mengapa disyariaatkan kepada umat islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan disertai pula puasa sunat enam hari di bulan syawal? Selama 11 bulan kita makan,sistem percernaan kita bertungkus-lumus menjalankan fungsinya.Ia juga perlu berehat dan mengambil masa perbaiki sistem percernaan untuk bekerja 11 bulan seterusnya.Bersesuaian dengan perintah Allah mensyariatkan puasa. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa al-Quran surah al-Baqarah(2):ayat 183. setiap syariaat yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmah yang maha luas. Selain itu kita juga dapat mendekatkan diri kepada Allah serta melatih diri bersyukur atas nikmat yang diperoleh. Perkara utama adalah bertawakal dan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan melaksanakan apa yang dirancang.Bersesuaian dengan firman Allah "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." Al-quran surah al-Mukmin (40):ayat 60. Dakwah harus ada masa muhasabah dan meneliti kembali usaha dan kesan keatas usaha tersebut. Perkembangan dakwah harus dipantau agar sisi kerja mana yang tidak sempurna dapat dibaiki. Dakwah juga ada masa-masa downnya, maka energi diri untuk terus berdakwah harus digerakkan sebaiknya dengan amalan yang konsisten, nasihat sahabat yang baik, perkelahan islami dan apa sahaja yang dapat membangkitkan kembali semangat diri untuk berdakwah kembali.

0 comments: